kevmirc
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

java service malaysian

Go down

java service malaysian Empty java service malaysian

Post by Admin Sun Nov 26, 2017 8:15 pm

ConferenceRoom 4.0.5 Services help.malaysian - kim sun kev
RelayChat (MY) - ConferenceRoom 4.0.5 arahan perkhidmatan bantuan
Sumber: http://www.webmaster.com/products/cr4x/manual/commands.html'- httP://www.relaychat.my/cr4/services/malaysian.html'
Penyusunan dan terjemahan: Kev - kev@relaychat.my



Properties Pengguna:

ATTACH
Pendaftaran nama samaran yang anda gunakan. Pastikan nama samaran yang anda pilih untuk pendaftaran masih belum didaftar sebelum membuat pendaftaran baru. Anda perlu menyemak email yang anda gunakan setelah pendaftaran dibuat untuk keterangan lanjut bagi mengesahkannya.
Arahan: /attach <kata laluan> <alamat email>
Contoh: /attach  77kK1717jRC kev@relaychat.my

DETACH
Pembatalan pendaftaran untuk nama samaran anda. Apabila pembatalan pendaftaran untuk nama samaran dilakukan, secara automatik segala akses dan channel yang berdaftar dibawah nama samaran tersebut juga akan dibatalkan. Anda perlu memasukkan kata laluan nama samaran anda terlebih dahulu sebelum melakukan pembatalan, dan perlu menyemak email anda setelah pembatalan dibuat untuk keterangan lanjut bagi mengesahkannya.
Arahan: /detach <nama samaran>
Contoh: /detach Kev

IDENTIFY
Pengesahan nama samaran anda dengan hanya memasukkan kata laluan. Pada masa yang sama, boleh juga diguna bagi mengesahkan kata laluan nama samaran anda yang lain jika ada.
Arahan: /identify <nama samaran> <kata laluan>
Contoh: /identify Kev 77kK1717jRC

UNIDENTIFY
Bertujuan untuk tidak mengaktifkan kata laluan nama samaran berdaftar yang anda sedang digunakan. Jika digunakan, secara automatik nama samaran anda yang berdaftar, bertukar kepada Guest yang tidak berdaftar.
Arahan: /unidentify
Contoh: /unidentify

SIDENTIFY
Jika anda menggunakan sesuatu nama samaran yang berdaftar tanpa kata laluan dan kerap memasukkan kata laluan yang salah melebihi had, nama samaran anda secara automatiknya akan bertukar kepada Guest. Jika situasi ini kerap kali terjadi dalam suatu masa, rangkaian akan menyenarai hitam nama samaran yang berdaftar tersebut dan tidak boleh digunakan buat sementara waktu. Untuk mengaktifkan kembali nama samaran tersebut, anda boleh menggunakan kaedah 'reconnect' atau dengan cara /ns SIDENTIFY nama samaran kata laluan.
Arahan: /ns sidentify <nama samaran> <kata laluan>
Contoh: /ns sidentify Kev 77kK1717jRC

PASS
Mempunyai fungsi yang sama dengan IDENTIFY. Anda boleh menggunakan PASS dengan kata laluan nama samaran anda dan ia akan digunakan apabila anda menukar nama samaran anda kepadanya.
Arahan: /pass <kata laluan>
Contoh: /pass 77kK1717jRc

NICK
Pertukaran nama samaran anda kepada nama samaran yang baru. Contoh dibawah menunjukkan nama samaran anda akan bertukar kepada Nico. Anda juga boleh memasukkan kata laluan nama samaran anda terlebih dahulu dengan menggunakan cara IDENTIFY sebelum menukar nama samaran anda.
Arahan: /nick <nama samaran>
Contoh: /nick Kim
Arahan: /nick <nama samaran> <kata laluan>
Contoh: /nick Kev 77kK1717jRc

SETPASS
Pertukaran kata laluan baru untuk nama samaran anda. Langkah seterusnya akan diberitahu melalui email anda untuk pengesahan bagi mengaktifkan kata laluan baru.
Arahan: /setpass <kata laluan lama> <kata laluan baru>
Contoh: /setpass 77kK1717jRc 777RcJk7171kK

INFO
Memaparkan maklumat berkaitan mengenai sesuatu nama samaran yang berdaftar.
Arahan: /info <nama samaran>
Contoh: /info Kev

LOCATION
Tetapan untuk lokasi anda yang akan dipaparkan dimaklumat WHOIS.
Arahan: /ufield set location <lokasi anda>
Contoh: /ufield set location Ipoh Perak, Malaysian

OCCUPATION
Tetapan untuk pekerjaan anda yang akan dipaparkan dimaklumat WHOIS.
Arahan: /ufield set occupation <pekerjaan anda>
Contoh: /ufield set occupation Pengurus Syarikat

INTERESTS
Tetapan untuk hobi anda yang akan dipaparkan dimaklumat WHOIS.
Arahan: /ufield set interests <hobi anda>
Contoh: /ufield set interests Muzik, Membaca, Menulis.

LANGUAGE
Tetapan bahasa pilihan anda yang akan dipaparkan dimaklumat WHOIS.
Arahan: /uprop language <kod bahasa>
Contoh: /uprop language ms
Contoh: /uprop language en

AGE
Tetapan umur anda.
Arahan: /uprop age <umur>
Contoh: /uprop age 22

SHOWAGE
Tetapan untuk membenarkan pengguna lain melihat umur anda jika anda menetapkannya.
Arahan: /uprop showage <on/off>
Contoh: /uprop showage on

NAME
Tetapan nama anda.
Arahan: /uprop name <nama>
Contoh: /uprop name Kev

REALNAME
Tetapan nama sebenar anda yang akan dipaparkan dimaklumat WHOIS.
Arahan: /uprop realname <nama sebenar>
Contoh: /uprop realname Kev mIRC

URL
Tetapan laman web untuk nama samaran anda yang akan dipamerkan dimaklumat INFO.
Arahan: /uprop url <laman web>
Contoh: /uprop url http://www.relaychat.my/

ICQ
Tetapan akaun ICQ anda untuk dihubungi oleh pengguna lain menggunakan ICQ.
Arahan: /uprop icq <akaun-ICQ>
Contoh: /uprop icq kev@icq.com

AIM
Tetapan akaun AIM anda untuk dihubungi oleh pengguna lain menggunakan AIM.
Arahan: /uprop aim <akaun-AIM>
Contoh: /uprop aim kev@aim.com

MSN
Tetapan akaun MSN anda untuk dihubungi oleh pengguna lain menggunakan MSN.
Arahan: /uprop msn <akaun-MSN>
Contoh: /uprop msn kev@msn.com

YAHOO
Tetapan akaun YAHOO anda untuk dihubungi oleh pengguna lain menggunakan YAHOO.
Arahan: /uprop yahoo <akaun-Yahoo>
Contoh: /uprop yahoo kev@yahoo.com

PMREPTRACK
Fungsi PMREPTRACK adalah untuk menyekat mesej berulang kali yang dihantar terus kepada anda secara peribadi oleh pengguna lain. Mesej yang dihantar berulang kali secara peribadi, automatik akan dihentikan sebaik sahaja mencapai had yang telah ditetapkan di PMREPTRACK.
Arahan: /uprop pmreptrack <had pengulangan>
Contoh: /uprop pmreptrack 3

EMAIL
Memaparkan alamat email untuk nama samaran/LUID anda.
Arahan: /uprop email

SHOWEMAIL
Tetapan untuk mempamerkan alamat email anda di INFO. Tetapan sedia ada ialah OFF, memilih untuk tidak dipaparkan tanpa pengesahan anda.
Arahan: /uprop showemail <on/off>
Contoh: /uprop showemail on

EMAIL
Tetapan untuk alamat email baru bagi nama samaran/LUID anda.
Arahan: /uprop email <alamat email baru>
Contoh: /uprop email kev@relaychat.my

MAILBLOCK
Tetapan untuk mengawal mesej perkhidmatan automatik dihantar ke alamat email nama samaran/LUID anda. Jika anda memilih untuk mengaktifkan perkhidmatan ini, segala perkhidmatan untuk bantuan berkaitan kehilangan kata laluan tidak lagi diterima melalui alamat email anda. Tetapan sedia ada ialah OFF, memilih untuk tidak aktif bagi membenarkan mesej perkhidmatan automatik ini dihantar ke alamat email anda.
Arahan: /uprop mailblock <on/off>
Contoh: /uprop mailblock on

OPT
Tetapan untuk mengawal alamat email anda digunakan bagi tujuan penghantaran email. Tetapan sedia ada ialah IN, yang membenarkan alamat email anda digunakan bagi tujuan tersebut.
Arahan: /uprop opt <in/out>
Contoh: /uprop opt out

PLOG
Arahan PLOG memulakan atau menghentikan 'logging' peribadi. Untuk memulakan, anda perlu menetapkan ia kepada ON dan menentukan kata laluan. Tetapan OFF dengan sendiri akan menghentikan 'logging', dan status akan melaporkan keadaan semasa 'logging'. Ia adalah sama dengan tidak menyatakan apa-apa parameter.
Arahan: /plog <on|off|status> <kata laluan>
Contoh: /plog
Contoh: /plog on f71aLg
Contoh: /plog off

AUTOPLOG
AUTOPLOG membenarkan anda untuk menentukan sama ada atau tidak untuk membolehkan 'logging' peribadi setiap kali anda dihubungkan ke rangkaian dan menggunakan nama samaran anda. Jika diaktifkan, ia akan memastikan bahawa 'logging' akan bermula dari saat anda menggunakan nama samaran anda. Tetapan sedia ada ialah OFF.
Arahan: /uprop autoplog <on/off>
Contoh: /uprop autoplog on

ACCESS
ACCESS digunakan untuk mengawal semua fungsi akses channel yang berkaitan.
Arahan: /access - Melihat tahap/senarai akses channel untuk nama samaran anda.
Contoh: /access
Arahan: /access <nama samaran> - Memaparkan tahap/senarai akses channel untuk nama samaran yang lain. (Perlu memasukkan kata laluan untuk nama samaran tersebut terlebih dahulu)
Contoh: /access kev
Arahan: /access <nama samaran> #<channel> - Memaparkan tahap/senarai akses channel untuk nama. (Anda perlu mempunyai akses di channel tersebut untuk menggunakan kaedah ini)
Contoh: /access kev #help.mirc

BUDDY
Tetapan untuk menguruskan senarai BUDDY. Rangkaian akan memberi notis kepada anda apabila pengguna lain dibawah senarai BUDDY kini aktif atau tidak aktif.
Arahan: /buddy <add/del/list/wipe> <nama samaran>
Contoh: /buddy add sun
Contoh: /buddy del Kev
Contoh: /buddy list

AUTHBUDDY
Kaedah AUTHBUDDY membenarkan anda mengawal tetapan untuk pengguna lain bagi nama samaran anda dibawah senarai BUDDY. Tetapan DECLINE akan segera menolak untuk semua permintaan tanpa notis makanala tetapan AUTHORIZE akan menghantar permintaan bagi mendapatkan pengesahan anda terlebih dahulu sama ada untuk menolak atau menerima permintaan tersebut.
Arahan: /uprop authbuddy <authorize/decline/allow>
Contoh: /uprop authbuddy authorize
Contoh: /uprop authbuddy decline

AUTHCHAN
Kaedah AUTHCHAN membenarkan anda mengawal tetapan untuk akses channel masuk. Tetapan ALLOW akan segera membenarkan pengguna lain menambah akses channel untuk nama samara anda manakala tetapan DECLINE akan segera menolak permintaan akses channel yang masuk. Tetapan AUTHORIZE akan menghantar permintaan bagi mendapatkan pengesahan anda terlebih dahulu sama ada untuk menolak atau menerima akses channel tersebut.
Arahan: /uprop authchan <allow/authorize/decline>
Contoh: /uprop authchan allow
Contoh: /uprop authchan decline

AUTH
Kaedah yang digunakan untuk menerima atau menolak sebarang permintaan tanpa pengesahan anda bagi akses channel dan senarai rakan daripada pengguna lain.
Arahan: /auth <accept/decline/list/read> <entry>
Contoh: /auth list
Contoh: /auth read 1
Contoh: /auth accept 1
Contoh: /auth decline 1

FTRANSFER
Tetapan untuk menerima/tidak menerima pemindahan hakmilik sesebuah channel daripada pengguna lain. Tetapan sedia ada ialah FTRANSFER ON yang membenarkan pemindahan hakmilik sesebuah channel secara manual dan automatik dibawah nama samaran anda.
Arahan: /uprop ftransfer <on/off>
Contoh: /uprop ftransfer on

MFORWARD
Tetapan untuk mengaktifkan memo yang dihantar kepada nama samaran/luid anda terus ke email. Tetapan MFORWARD OFF akan menghentikan penerimaan memo terus ke email dibawah nama samaran anda. Tetapan MFORWARD ON tidak berkesan apabila tetapan PROP NICKNAME NOMEMO telah diaktifkan terlebih dahulu. Tetapan sedia ada ialah OFF.
Arahan: /uprop mforward <on/email/off>
Contoh: /uprop mforward on

MRECEIPTS
Tetapan ini menghantar memo pemberitahuan kepada anda apabila pengguna lain telah membaca memo yang anda kirimkan. Tetapan sedia ada ialah OFF. Tetapan MRECEIPTS ON akan mengaktifkan memo pemberitahuan kepada anda. Kaedah ini juga memberitahu anda tentang sesuatu memo yang anda kirimkan tidak dibaca lagi.
Arahan: /uprop mreceipts <on/off>
Contoh: /uprop mreceipts on

NOMEMO
Tetapan untuk menghalang pengguna lain dari mengirim memo kepada anda jika anda memilih untuk ON. Anda tidak boleh mengaktifkan kaedah ini jika tetapan PROP MFORWARD telah diaktifkan terlebih dahulu.
Arahan: /uprop nomemo <on/off>
Contoh: /uprop nomemo on

NOOP
Tetapan untuk mengawal akses anda apabila menyertai sesebuah channel.
Arahan: /uprop noop <on/off>
Contoh: /uprop noop on

CONTENT
Tetapan ini membenarkan anda untuk menetapkan pilihan sekatan ke atas channel yang boleh anda sertai. Panduan dan penilaian seperti G,PG dan MA adalah untuk UMUM. Parameter kedua untuk V,S, dan L menunjukkan keganasan, mempunyai unsur seks yang menjadi kebiasaan bagi sesebuah channel. Sebagai contoh, jika anda menetapkan untuk PG, SL, maka anda tidak lagi dapat menyertai channel dengan penarafan PG atau lebih tinggi. Anda juga tidak dapat menyertai channel yang mempunyai penilaian S dan L. Anda boleh MENETAPKAN sebarang panduan dan penilaian channel yang anda ingin sertai.
Arahan: /uprop content <ANY/G/PG/MA> <V/S/L>
Contoh: /uprop content ANY
Contoh: /uprop content ANY SV
Contoh: /uprop content PG

UPROP
Arahan UPROP digunakan untuk melihat senarai penetapan semasa yang ditetapkan pada nama samaran anda.
Contoh: /uprop

LUID
LUID adalah Pengecaman Pengguna Tempatan untuk nama samaran. LUID bergantung kepada nama samaran yang anda gunakan. Untuk pengguna dengan nama samaran yang tidak berdaftar dan disahkan, akan ditetapkan kepada 0. Pelbagai nama samaran boleh dikumpulkan dibawah satu LUID.
Contoh: /uprop luid

GUID
GUID adalah Global Pengecaman Unik untuk pengguna. GUID akan tetap sama walaupon anda menukar nama samaran anda.
Contoh: /uprop guid

AWAYTIME
AWAYTIME akan memaparkan tempoh masa (GMT) untuk nama samaran anda apabila menggunakan arahan AWAY.
Contoh: /uprop awaytime

CONNECTTIME
CONNECTTIME akan memaparkan tempoh masa (GMT) untuk nama samaran anda yang dihubungkan ke rangkaian.
Contoh: /uprop connecttime

NICKTIME
NICKTIME akan memaparkan tempoh masa (GMT) apabila nama samaran anda telah diubah buat kali terakhir.
Contoh: /uprop nicktime

HELPSERV
Untuk maklumat lanjut, taip /hs prop <property>
Arahan: /hs prop nick <property>
Contoh: /hs prop nick away
Contoh: /hs prop nick nomemo

Atas

Properties Channel:

ATTACH
Pendaftaran channel baru dibawah nama samaran anda. Pastikan channel yang anda pilih untuk pendaftaran masih belum didaftar dan anda mempunyai OP dengan simbol @ didalam channel tersebut sebelum membuat pendaftaran baru.
Arahan: /attach #<channel> <penerangan ringkas>
Contoh: /attach #help.malaysian Channel Bantuan Rasmi Malaysia

DETACH
Pembatalan pendaftaran channel dibawah nama samaran anda.
Nota: Setelah pembatalan dibuat, memo akan dikeluarkan dibawah nama samaran anda untuk keterangan lanjut bagi mendapatkan pengesahan anda.
Arahan: /detach #<channel>
Contoh: /detach #help.mirc

DESC
Tetapan Penerangan Ringkas untuk channel anda. Ia akan ditetapkan semasa pendaftaran channel dilakukan dan juga boleh ditetapkan semula.
Arahan: /prop #<channel> desc <penerangan ringkas>
Contoh: /prop #help.malaysian desc Channel Bantuan Rasmi Malaysian

URL
Tetapan tambahan untuk laman web bagi channel anda.
Arahan: /prop #<channel> url <laman web>
Contoh: /prop #help.mirc url http://www.relaychat.my/

LANGUAGE
Tetapan pilihan bahasa untuk channel anda. Parameter kod bahasa yang sah ialah ISO 639.
Arahan: /prop #<channel> language <kod bahasa>
Contoh: /prop #help.malaysian language ms
Contoh: /prop #help.malaysian language en

TOPIC
Tetapan topik untuk channel anda.
Arahan: /prop #<channel> topic <topik>
Contoh: /prop #help.malaysian topic Selamat datang ke #help.malaysian

TOPICLOCK
Tetapan had akses untuk menukar topik channel. Jika ditetapkan kepada akses AOP, hanya pengguna yang mempunyai akses AOP, SOP dan MGR dibenarkan untuk menukar topik channel tersebut.
Arahan: /prop #<channel> topiclock <off/uop/vop/aop/sop/mgr/founder>
Contoh: /prop #help.malaysian topiclock aop
Contoh: /prop #help.malaysian topiclock sop
Contoh: /prop #help.malaysian topiclock mgr

TOPICTIME
TOPICTIME akan memaparkan tempoh masa (GMT) untuk topik sesebuah channel yang ditetapkan.
Arahan: /prop #<channel> topictime
Contoh: /prop #help.malaysian topictime

TOPICBY
TOPICBY akan memaparkan nama samaran yang menetapkan topik untuk sesebuah channel.
Arahan: /prop #<channel> topicby
Contoh: /prop #help.mirc topicby

INFO
Memaparkan maklumat mengenai channel. Ia akan memaparkan data seperti pengasas channel, waktu pendaftaran, topik dan lain-lain.
Arahan: /info #<channel>
Contoh: /info #help.mirc

TYPE
Jenis kandungan sesebuah channel. Ia boleh menjadi NORMAL, REGISTERED, MASTER, atau SLAVE.
Arahan: /prop #<channel> type
Contoh: /prop #help.malaysian type

AUTH
Arahan ini digunakan untuk melihat segala permintaan yang belum selesai mengenai senarai akses channel.
Arahan: /auth #<channel> <del/list/wipe> <entry>
Contoh: /auth #help.malaysian list
Contoh: /auth #help.malaysian del 2
Contoh: /auth #help.malaysian wipe

ACL
Tetapan menguruskan senarai akses dalam channel. Tahap akses yang sah adalah UOP, VOP, AOP, SOP dan MGR. Arahan ACL COUNT akan memaparkan jumlah catatan tahap akses keseluruhan yang terdapat dalam channel tersebut.
Arahan: /acl #<channel> <level> <add/del/list/wipe/count/enable/disable> <nama samaran>
Contoh: /acl #help.malaysian mgr add kev
Contoh: /acl #help.malaysian aop del Sun
Contoh: /acl #help.malaysian aop list
Contoh: /acl #help.malaysian count
Contoh: /acl #help.malaysian aop enable kim

CLONEKICK
Arahan ini akan menendang keluar semua pengguna yang tidak berdaftar dari channel. Ia juga akan menetapkan CMODEs +J dan +R secara automatik yang hanya membenarkan pengguna JAVA dan pengguna yang berdaftar untuk menyertai channel tersebut.
Arahan: /clonekick #<channel>
Arahan: /ck #<channel>
Contoh: /clonekick #help.mirc
Contoh: /ck #help.malaysian

AKICK
Arahan ini digunakan untuk memanipulasi senarai AKICK. AKICK berkuatkuasa daripada rangkaian untuk pengguna yang sepadan dalam senarai AKICK. Pengguna yang sepadan akan disenarai hitam dan ditendang keluar secara automatik apabila cuba memasuki channel tersebut.
Arahan: /akick #<channel> <add/del/list/wipe> <mask> <notis>
Contoh: /akick #help.malaysian add kim!*@* Dilarang Mempromosi!
Contoh: /akick #help.malaysian add *!*@*.euIRC.net Dilarang Mempromosi!

KICK
Kaedah manual yang digunakan untuk menendang keluar seseorang pengguna daripada channel dengan notis.
Arahan: /kick #<channel> <nama samaran/mask> <notis>
Contoh: /kick #help.malaysian kim Menganggu pengguna lain!
Contoh: /kick #help.mirc *!*@*.cloning-host.com Cloning.

MKICK
Kaedah manual untuk menendang keluar semua pengguna daripada channel. Anda perlu mempunyai akses atau menjadi operator dalam channel tersebut untuk menggunakan arahan ini.
Arahan: /mkick #<channel>
Contoh: /mkick #help.malaysian

BAN
Kaedah manual untuk melarang/menghadkan pengguna daripada menyertai channel tersebut berdasarkan nama samaran mereka, nama host, dan ident. Anda perlu mempunyai akses atau menjadi operator dalam channel tersebut untuk menggunakan arahan ini.
Arahan: /ban #<channel> <nama samaran/mask>
Contoh: /ban #help.malaysian sun
Contoh: /ban #help.malaysian *!*@*.cloning-host.com

UNBAN
Kaedah manual yang boleh digunakan jika nama samaran/mask anda terdapat dalam senarai BAN. Anda perlu mempunyai akses dalam channel tersebut untuk menggunakan arahan ini.
Arahan: /unban #<channel>
Contoh: /unban #help.malaysian

TRANSFER
Tetapan pemindahan hakmilik channel kepada pengguna berdaftar yang lain. Hanya pemilik channel yang berhak untuk menggunakan arahan ini. Memo akan dikeluarkan kepada pemilik baru untuk keterangan lanjut bagi mengesahkannya.
Arahan: /transfer #<channel> <nama samaran>
Contoh: /transfer #help.malaysian kev
Arahan: /prop #<channel> founder <nama samaran>
Contoh: /prop #help.malaysian founder kev
Nota: Pemilik lama tidak lagi mempunyai akses untuk channel tersebut setelah proses pemindahan hakmilik berjaya dilakukan.

ACCESS
Kaedah manual yang akan memaparkan tahap akses pengguna di sesebuah channel. (Anda perlu mempunyai akses di channel tersebut untuk menggunakan arahan ini)
Arahan: /access <nama samaran> #<channel>
Contoh: /access kim #help.malaysian

AUTOVOICE
Tetapan AUTOVOICE untuk channel. Jika ditetapkan kepada ON, setiap pengguna yang memasuki channel tersebut akan diberikan akses voice/+ secara automatik. Tetapan sedia ada ialah OFF.
Arahan: /prop #<channel> autovoice
Arahan: /prop #<channel> autovoice <on/off>
Contoh: /prop #help.malaysian autovoice on

JOINMUTE
Tetapan menentukan tempoh dalam bilangan saat bagi membenarkan pengguna mula menaip dalam sesebuah channel itu setelah menyertainya. Nilai maksimum untuk arahan ini adalah 15 saat. Tetapan sedia ada untuk sesebuah channel itu ialah 0.
Arahan: /prop #<channel> joinmute <bilangan saat>
Contoh: /prop #help.malaysian joinmute 3
Contoh: /prop #help.malaysian joinmute 0

JOINSPERSEC
Tetapan menentukan jumlah pengguna yang dibenarkan menyertai sesebuah channel itu pada satu masa. 0 adalah tetapan untuk melumpuhkan arahan ini.
Arahan: /prop #<channel> joinspersec <had>
Contoh: /prop #help.malaysian joinspersec 5
Contoh: /prop #help.malaysian joinspersec 0

REJOINTRACK
Tetapan menentukan tempoh dalam bilangan saat kepada pengguna yang telah keluar dari sesebuah channel itu dan ingin menyertai kembali channel tersebut dalam satu masa. Apabila arahan telah ditetapkan mengikut tempoh yang bersesuaian, pengguna perlu menunggu seketika untuk menyertai kembali channel tersebut. Tempoh tetapan maksimum ialah 60 saat dan 0 adalah tetapan untuk melumpuhkan arahan ini.
Arahan: /prop #<channel> rejointrack <bilangan saat>
Contoh: /prop #help.malaysian rejointrack 5
Contoh: /prop #help.malaysian rejointrack 0

USERMSGSPERSEC
Tetapan menentukan jumlah maksimum mesej yang boleh dihantar oleh seseorang pengguna di channel dalam sesaat. 0 adalah tetapan untuk melumpuhkan arahan ini.
Arahan: /prop #<channel> usermsgspersec <had>
Contoh: /prop #help.malaysian usermsgspersec 2
Contoh: /prop #help.malaysian usermsgspersec 0

USERSPERIP
Tetapan menentukan bilangan maksimum pengguna dibawah satu IP untuk sesebuah channel. 2 atau 3 nama samaran di bawah satu IP adalah tetapan normal. 0 adalah tetapan untuk melumpuhkan arahan ini.
Arahan: /prop #<channel> usersperip <had>
Contoh: /prop #help.malaysian usersperip 3
Contoh: /prop #help.malaysian usersperip 0

AGECHECK
Jika tetapan ini ditetapkan kepada ON, semua pengguna yang telah menetapkan umur mereka sahaja yang layak untuk menyertai channel tersebut. Arahan ini tidak menetapkan sebarang lingkungan umur yang layak, malah ia hanya memeriksa sama ada seseorang pengguna itu telah menetapkan umur mereka atau tidak sebelum menyertai channel tersebut. Tetapan sedia ada ialah OFF.
Arahan: /prop #<channel> agecheck
Arahan: /prop #<channel> agecheck <on/off>
Contoh: /prop #help.malaysian agecheck on

LIMIT
Tetapan menentukan jumlah maksimum pengguna yang dibenarkan berada dalam sesebuah channel.
Arahan: /prop #<channel> limit <off/had>
Contoh: /prop #help.malaysian 30
Contoh: /prop #help.malaysian off

AUDIT
Tetapan yang hanya boleh ditetapkan oleh pemilik dan pemegang akses MGR channel tersebut. Tetapan ini membenarkan pemilik dan pemegang akses MGR tersebut memantau keadaan berkaitan perubahan tetapan sesebuah channel itu oleh pemegang akses yang lain melalui memo yang akan dikeluarkan. Tetapan sedia ada ialah OFF.
Arahan: /prop #<channel> audit
Arahan: /prop #<channel> audit <on/off>
Contoh: /prop #help.malaysian audit on

KEY
KEY adalah tetapan kata laluan bagi sesebuah channel jika CMODE +k ditetapkan. Pengguna yang tidak mempunyai kata laluan yang ditetapkan, tidak akan diberi kebenaran untuk menyertai channel tersebut.
Arahan: /prop #<channel> key <kata laluan>
Contoh: /prop #help.malaysian key z0930zmeah3
Contoh: /prop #help.malaysian key :
Contoh: /prop #help.malaysian key off

MEMOLEVEL
Tetapan menentukan tahap akses yang layak menerima memo daripada pemegang akses yang lain di dalam sesebuah channel.
Arahan: /prop #<channel> memolevel <uop/vop/aop/sop/mgr/founder>
Contoh: /prop #help.malaysian memolevel uop
Contoh: /prop #help.malaysian memolevel aop
Contoh: /prop #help.malaysian memolevel mgr

MODELOCK
Tetapan menentukan tahap mod yang kekal untuk sesebuah channel. Sebagai contoh, jika ditetapkan pada +t-i sebagai mod tetap, secara automatik rangkaian akan memainkan peranan untuk mengekalkan mod tersebut. Mod sementara boleh ditetapkan oleh semua pemegang akses channel tersebut kecuali pemegang akses UOp dan VOp.
Arahan: /prop #<channel> modelock <mod>
Contoh: /prop #help.malaysian modelock
Contoh: /prop #help.malaysian modelock +nrt-z

OPGUARD
Tetapan membenarkan pengguna lain ditambah ke senarai akses OP sementara bagi pengendalian sesebuah channel. Jika OPGUARD ditetapkan kepada ON, anda tidak boleh menambah CMODE +o untuk pengguna lain yang tidak mempunyai akses AOP ke atas untuk channel tersebut.
Arahan: /prop #<channel> opguard <on/off>
Contoh: /prop #help.malaysian opguard on

POLICY
Tetapan POLICY OPEN bagi sesebuah channel, membenarkan semua pengguna menambah akses uop untuk diri mereka. Untuk tetapan POLICY CLOSED (Tetapan sedia ada), akan melumpuhkan kaedah ini.
Arahan: /prop #<channel> policy <open/closed/normal>
Contoh: /prop #help.malaysian policy open
Contoh: /prop #help.malaysian policy normal

RATING
RATING boleh membawa penilaian yang sama daripada panduan TV penilaian Amerika Syarikat, nilai yang sah adalah NR, G, PG, dan MA untuk Tiada Penilaian, Tontonan Umum, Bimbingan Ibu Bapa, dan Penonton Matang. Selain itu, ia mungkin mengandungi parameter kedua dengan 'flags' L, S, V untuk menunjukkan Bahasa mentah, kandungan seksual, dan keganasan yang kebiasaannya ditemui dalam channel.
Arahan: /prop #<channel> rating <NR/G/PG/MA> <L/S/V>
Contoh: /prop #help.malaysian rating
Contoh: /prop #help.malaysian rating MA VL
Contoh: /prop #help.malaysian rating G
Contoh: /prop #help.malaysian rating NR

OP
Kaedah OP secara manual yang dikawal sendiri untuk anda juga kepada pengguna lain dengan hanya menetapkan nama samaran. Pengguna perlu mempunyai akses AOP atau lebih tinggi di channel tersebut untuk menggunakan arahan ini.
Arahan: /cs op #<channel> <nama samaran>
Contoh: /cs op #help.malaysian kev

DEOP
Kaedah DEOP secara manual yang dikawal sendiri untuk anda juga kepada pengguna lain dengan hanya menetapkan nama samaran. Pengguna perlu mempunyai akses AOP atau lebih tinggi di channel tersebut untuk menggunakan arahan ini.
Arahan: /cs deop #<channel> <nama samaran>
Contoh: /cs deop #help.malaysian kev

MDEOP
Kaedah manual ini akan menurunkan semua operator/-o yang berada di channel tersebut.
Arahan: /mdeop #<channel>
Contoh: /mdeop #help.malaysian

VOICE
Kaedah manual VOICE/+v yang dikawal sendiri untuk anda juga kepada pengguna lain dengan hanya menetapkan nama samaran. Pengguna yang mempunyai akses AOP atau lebih tinggi di channel tersebut, boleh menggunakan arahan ini untuk diri sendiri juga pada pengguna lain manakala pemegang akses VOP, hanya boleh menggunakan arahan ini untuk diri mereka sendiri.
Arahan: /cs voice #<channel> <nama samaran>
Contoh: /cs voice #help.malaysian Hasnor

DEVOICE
Kaedah manual DEVOICE/-v yang dikawal sendiri untuk anda juga kepada pengguna lain dengan hanya menetapkan nama samaran. Pengguna perlu mempunyai akses AOP atau lebih tinggi di channel tersebut untuk menggunakan arahan ini manakala pemegang akses VOP, hanya boleh menggunakan arahan ini untuk diri mereka sendiri.
Arahan: /cs devoice #<channel> <nama samaran>
Contoh: /cs devoice #help.malaysian kim

INVITE
Kaedah manual menjemput pengguna lain untuk menyertai sesebuah channel. Rangkaian akan menghantar notis kepada pengguna yang dijemput dan membenarkan mereka untuk menyertai channel tersebut melalui tetapan CMODE +i dan lain-lain channel mod yang terhad. Anda boleh menggunakan arahan ini tanpa dijemput jika mod sesebuah channel itu ditetapkan pada +i dengan syarat hendaklah mempunyai akses UOP atau lebih tinggi.
Arahan: /invite <nama samaran> #<channel>
Contoh: /invite Otai #help.malaysian
Arahan: /invite #<channel>
Contoh: /invite #help.malaysian

RESTRICT
Tetapan untuk sekatan. Jika RESTRICT ditetapkan pada ON, hanya pengguna yang mempunyai akses dibenarkan untuk menyertai channel tersebut manakala pengguna yang tidak mempunyai akses, secara automatik akan ditendang keluar oleh rangkaian apabila cuba untuk menyertainya. Tetapan sedia ada ialah OFF.
Arahan: /prop #<channel> restrict <on/off>
Contoh: /prop #help.malaysian restrict on

PROP
Arahan ini digunakan untuk melihat senarai penetapan semasa yang ditetapkan untuk sesebuah channel.
Arahan: /prop #<channel>
Contoh: /prop #help.malaysian
Nota: Anda mesti berada dalam saluran tersebut dan mempunyai akses SOP atau lebih tinggi untuk menggunakan arahan ini.

LASTJOIN
LASTJOIN akan memaparkan tempoh masa (GMT) terakhir anda menyertai channel tersebut.
Arahan: /prop #<channel> lastjoin
Contoh: /prop #help.malaysian lastjoin

USERS
USERS akan memaparkan jumlah keseluruhan pengguna dalam channel tersebut.
Arahan: /prop #<channel> users
Contoh: /prop #help.malaysian users

PEAKUSERS
PEAKUSERS akan memaparkan jumlah tertinggi pengguna yang pernah menyertai channel tersebut.
Arahan: /prop #<channel> peakusers
Contoh: /prop #help.malaysian peakusers

CREATION
CREATION akan memaparkan tempoh masa (GMT) tentang pertubuhan sesebuah channel.
Arahan: /prop #<channel> creation
Contoh: /prop #help.malaysian creation

HELPSERV
Untuk maklumat lanjut, taip /hs prop channel <property>
Arahan: /hs prop channel <property>
Contoh: /hs prop channel users
Contoh: /hs prop channel joinmute

Atas

Perkhidmatan Memo:

MEMO
MEMO hanya akan dihantar kepada nama samaran berdaftar yang dinyatakan. Penerima boleh menyemak memo yang diterima dengan menggunakan READ. Segala informasi tentang memo berkenaan termasuk topik, log masa, tarikh dan juga nama samaran pengirim akan dipaparkan kepada penerima. Pengirim boleh menetapkan topik memo dengan menggunakan MTOPIC <topik> MBODY sebelum memo di taip.
Nota: Kata kunci MBODY yang diperlukan bertujuan untuk menandakan topik akhir dan awal memo. Anda boleh menentukan kumpulan penerima dengan menggunakan kata kunci MTARGET, di ikuti dengan senarai akses. Jika kata kunci MTARGET digunakan, kata kunci MTOPIC dan MBODY juga diperlukan.
Arahan: /memo <nama samaran|#channel> [MTARGET UOP/VOP/AOP/SOP/MGR] [MTOPIC <topik> MBODY] <mesej>
Arahan: /memo <nama samaran> <mesej>
Arahan: /memo #<channel> mtopic <topik> mbody <mesej>
Arahan: /memo #<channel> <mesej>
Arahan: /memo #<channel> mtarget <uop/vop/aop/sop/mgr> mtopic <topik> mbody <mesej>
Contoh: /memo Kev mtopic Projek terbaru mbody Hai, kita perlu berbincang tentang projek terbaru yang bakal dijalankan. Mesej saya semula bila awak sudah kembali.
Contoh: /memo #help.malaysian Selamat tahun baru kepada semua.
Contoh: /memo #help.malaysian mtarget sop,mgr mtopic Tetapan topik mbody Tetapan topik telah ditetapkan kepada semua pemegang akses SOp dan MGR sahaja.

READ
Arahan ini digunakan untuk membaca memo yang anda terima. Anda boleh menentukan folder sama ada dengan nama (untuk INBOX, SYSTEM) atau nombor. Jika tiada folder dinyatakan, folder semasa yang dipilih, akan digunakan. Anda boleh membaca lebih daripada 1 memo pada satu masa dengan menetapkan senarai nombor memo tersebut, misalnya 1,3,5 untuk membaca memo 1, memo 3 dan juga memo 5.
Arahan: /read <folder> <nombor memo>
Contoh: /read 1
Contoh: /read 1,2,3
Contoh: /read audit 1
Contoh: /read all

FOLDER
Arahan ini digunakan untuk mengakses folder bagi memo yang telah anda terima.
Arahan: /folder <list|select|stat|create|del|delete|undel|move>
Arahan: /folder create <folder> <tajuk>
Arahan: /folder select <nama folder>
Arahan: /folder undel <nombor>
Arahan: /folder move <nombor> <folder>
Contoh: /folder list
Contoh: /folder del 1
Contoh: /folder create Fail Saya
Contoh: /folder select system
Contoh: /folder undel 3
Contoh: /folder move 1 system

HELPSERV
Untuk maklumat lanjut, taip /ms help <property>
Arahan: /ms help <property>
Contoh: /ms help send
Contoh: /ms help keep

Atas

Mod Pengguna:

Mod tetapan untuk kegunaan peribadi. Anda boleh menggunakan arahan MODE hanya untuk nama samaran yang anda gunakan pada satu masa.

B - Buddy
Mod ini hanya berkesan jika anda menetapkan UMODE +m pada tetapan nama samaran anda dan secara automatik akan menyekat penerimaan mesej peribadi dari pengguna lain. Dengan tetapan +m dan +B, anda hanya akan dapat menerima mesej peribadi daripada tetapan senarai rakan anda.
Contoh: /umode +B

C - Channel
Mod ini hanya berkesan jika anda menetapkan UMODE +m pada tetapan nama samaran anda. Dengan tetapan +m dan +C, anda boleh memastikan penerimaan mesej peribadi hanya untuk pengguna yang berada dalam channel yang sama dengan anda, dan secara automatik akan menyekat penerimaan mesej peribadi lain daripada pengguna luar.
Contoh: /umode +C

W - Watch list
Mod ini hanya berkesan jika anda menetapkan UMODE +m pada tetapan nama samaran anda. Dengan tetapan +m dan +W, penerimaan mesej peribadi hanya dibenarkan untuk pengguna daripada senarai WATCH anda yang boleh ditetapkan dengan menggunakan nama samaran mereka.
Contoh: /umode +W

d - DCC Protection
Rangkaian akan menyekat permintaan DCC untuk jenis fail tertentu seperti tetapan sedia ada. Ia termasuk .exe, .dll .mrc, .scr dan jenis fail berbahaya yang lain. Ini dilakukan bagi mencegah penerimaan Virus dan Trojan. Jika anda menetapkan +d, permintaan DCC akan dibenarkan bagi tujuan penghantaran dan juga penerimaan fail daripada semua pengguna.
Contoh: /umode +d

e - DCC Block
Jika mod ini ditetapkan, pemindahan DCC tidak boleh dihantar kepada rakan anda. Ia juga berguna kepada sesiapa yang tidak mahu diganggu oleh permintaan DCC. Sejak kebelakangan ini, banyak fail yang mengandungi virus dilaporkan. Anda dinasihatkan supaya tidak menerima sebarang skrip atau fail yang tidak difahami dan menggunakan arahan ini selepas selesai menerima fail daripada seseorang pengguna yang anda percaya demi keselamatan anda. Mencegah segala pemindahan fail adalah jalan yang terbaik untuk semua pengguna.
Contoh: /umode +e

i - Invisible
Menjadikan pengguna tidak kelihatan. Jika tetapan ini ditetapkan oleh seseorang pengguna, channel yang disertai tidak akan dapat dilihat oleh anda melainkan anda berada di channel yang sama dengan pengguna tersebut. Tetapan +i sering digunakan oleh pengguna bagi mengelak daripada spam yang tersebar secara rawak di dalam sesebuah channel. Mod ini juga menyembunyikan masa 'idle' anda yang akan dipaparkan pada maklumat WHOIS.
Contoh: /umode +i

I - Invite block
Menyekat semua jemputan untuk INVITE.
Contoh: /umode +I

j - Java client
Mod ini ditetapkan secara automatik pada pengguna jika mereka mempunyai keistimewaan untuk dikonfigurasikan dalam konfigurasi pengendali mereka.

J - Java user
Mod ini hanya berkesan jika anda menetapkan UMODE +m pada tetapan nama samaran anda. Ia membenarkan semua pengguna java untuk memintas sekatan mesej.
Contoh: /umode +J

L - Language Filter
Jika penapisan ini ditetapkan pada rangkaian, mesej kepada pengguna akan segera ditapis. Mod ini akan menyatakan pengguna mempunyai ‘sensitive ears’ apabila seseorang pengguna lain menggunakan kaedah WHOIS pada mereka.
Contoh: /umode +L

m - Message block
Mod ini akan melindungi anda daripada penerimaan sebarang mesej peribadi secara langsung dari pengguna lain. Ia juga digunakan untuk menyekat penerimaan mesej peribadi daripada pengguna luar yang tidak berada dalam channel yang sama dengan anda.
Contoh: /umode +m

n - Newsflash
Mod yang membenarkan penerimaan mesej dari Newsflash yang kebiasaannya akan memaparkan maklumat tentang isu semasa. Tetapan +n akan membenarkan penerimaan mesej tersebut.
Contoh: /umode +n

p - CTCP block
Mod yang akan melarang pengguna lain dari menghantar permintaan ctcp. CTCPs yang dihantar akan dipaparkan melalui channel yang anda sertai tanpa boleh dibalas. Ia berguna untuk mencegah ‘CTCP flooding’ atau CTCPs yang menjengkelkan. CTCPs sering digunakan untuk mengukur lag atau mengumpul maklumat tentang seseorang pengguna, seperti jenis ‘client’ yang mereka gunakan. Operator boleh memintas mod ini.
Contoh: /umode +p

q - Quiet
Mod ini akan melumpuhkan kemampuan pengguna untuk berkomunikasi dengan rangkaian. Setelah ditetapkan, ia tidak boleh diubah kepada mod asal tanpa kaedah 'reconnect'.
Contoh: /umode +q

r - Registered
Memberi maklumat dan mengenal pasti sesuatu nama samaran yang berdaftar selepas memasukkan kata laluan. Pengguna tidak boleh menetapkan tetapan – atau +r pada diri mereka.
Nota: Mod ini ditetapkan secara automatik oleh rangkaian.

R - Registered users
Mod ini hanya berkesan jika anda menetapkan UMODE +m pada tetapan nama samaran anda. Ia akan membenarkan pengguna dengan nama samaran yang berdaftar memintas blok mesej peribadi, dan hanya akan menyekat penerimaan mesej peribadi daripada pengguna yang tidak berdaftar. Mod ini juga akan mengurangkan kemungkinan penerimaan mesej spam dan juga 'flooding'.
Contoh: /umode +R

M - Registered users on channel
Mod ini hanya berkesan jika anda menetapkan UMODE +m pada tetapan nama samaran anda. Dengan menggunakan +m dan +M, penerimaan mesej peribadi akan dibenarkan hanya daripada pengguna dengan nama samaran yang berdaftar, dan pengguna yang berada dalam channel yang sama dengan anda.
Contoh: /umode +M
Nota:  Perbezaan antara +mM dan +mCR adalah, +M hanya akan membenarkan penerimaan mesej peribadi dari pengguna yang berdaftar DAN pengguna yang berada dalam channel yang sama dengan anda, manakala +CR membenarkan penerimaan mesej peribadi dari pengguna yang berdaftar ATAU pengguna yang berada dalam channel yang sama dengan anda.

s - Server notices
Membenarkan anda untuk melihat mesej yang dihantar oleh rangkaian dan kebiasaanya adalah 'kill message'. Ia tidak kerap digunakan oleh pengguna biasa tetapi anda mempunyai pilihan jika memilih untuk ingin tahu. Mod ini ditetapkan secara automatik pada Operator Rangkaian.
Contoh: /umode +s

w - Wallops
Mesej yang dihantar oleh Operator Rangkaian kepada pengguna akan dapat dilihat. Maklumat yang berguna sering dihantar oleh Operator Rangkaian tetapi tidak secara terus melalui wallops. Sebagai contoh, jika rangkaian dalam proses pengalihan yang akan menyebabkan beberapa pecahan cepat, berkemungkinan akan terdapat wallop mengenainya.
Contoh: /umode +w

x - Hash host
Perubahan IP dalam bentuk 'numbersletters' atau 'numbersletter' bagi menghalang pengguna lain melihat IP sebenar anda. Ia akan sentiasa diletakkan pada mod nama samaran anda secara automatik, dan mod in tidak dapat di tukar atau ditetapkan.

z - Services Agent
Mod ini ditetapkan pada 'Services Agent' yang akan dipaparkan dalam maklumat WHOIS.
Nota: Mod ini ditetapkan secara automatik pada pengguna jika mereka mempunyai keistimewaan dikonfigurasikan dalam konfigurasi pengendali mereka.

HELPSERV
Untuk maklumat lanjut, taip /hs umode <mod>
Arahan: /hs umode <mode>
Contoh: /hs umode m
Contoh: /hs umode p

Atas

Mod Channel:

Mod tetapan untuk channel. Pengguna mesti menjadi operator channel untuk mengendalikan arahan ini. Terdapat beberapa arahan yang dikhaskan untuk Operator Rangkaian.

b - Ban
Mod mengharamkan pengguna melalui nama samaran yang dinyatakan daripada menyertai channel. Hostmask yang sah adalah termasuk nama samaran!pengguna@host. Apabila digunakan tanpa hostmask yang sah, ia akan menyenaraikan larangan pada pengguna yang berada di dalam channel. Jika pengguna diharamkan, secara automatik keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan pengguna lain di dalam channel tersebut akan dilumpuhkan. Arahan ini sesuai digunakan kepada pengguna yang bermasalah.
Arahan: /mode #<channel> +b|-b [<nama samaran|nama samaran!pengguna@host>]
Contoh: /mode #help.malaysian +b Sun
Contoh: /mode #help.malaysian +b bot*!*@*.offenderhost.com

c - Block colors
Mod ini akan menyekat penggunaan warna dalam sesebuah channel. Mesej yang mengandungi kod warna akan disekat apabila arahan ini ditetapkan.
Arahan: /mode #<channel> +c|-c
Contoh: /mode #help.malaysian +c

d - Block nick changes
Mod ini hanya akan membenarkan 1 perubahan nama samaran bagi setiap pengguna, dari Guestxxxx kepada nama samaran anda. Tetapan +d mencegah pertukaran nama samaran yang kerap dilakukan oleh pengguna dalam sesebuah channel.
Arahan: /mode #<channel> +d|-d
Contoh: /mode #help.malaysian +d

e - Block CTCPs
Penyekatan CTCPs ke channel.
Arahan: /mode #<channel> +e|-e
Contoh: /mode #help.malaysian +e
Nota: Arahan ini tidak akan menghalang tindakan atau CTCPs antara individu pengguna channel.

i - Invite only
Mod tetapan yang khusus untuk pengguna yang dijemput dengan menggunakan arahan INVITE, juga boleh digunakan pada diri sendiri jika mempunyai akses untuk channel tersebut.
Arahan: /mode #<channel> +i|-i
Contoh: /mode #help.malaysian +i

j - Java exception
Mod ini membenarkan anda hanya mempunyai pelanggan java dan pelanggan warisan IRC dipilih menyertai channel yang ditetapkan. Mod ini hanya berkesan apabila anda menetapkan kunci. Untuk pelanggan IRC, mereka harus dibekalkan kunci atau dijemput untuk menyertai channel tersebut.
Arahan: /mode #<channel> +j|-j
Contoh: /mode #help.malaysian +j

J - Java exception
Mod ini mentakrifkan pengecualian untuk CMODE +R, yang hanya akan membenarkan pengguna berdaftar untuk menyertai. Dengan tetapan +J juga, pengguna JAVA diberi kebenaran untuk menyertai walaupon mereka tidak mempunyai nama samaran yang berdaftar.
Arahan: /mode #<channel> +J|-J
Contoh: /mode #help.malaysian +J

k - Key
Tetapan kata kunci untuk channel. Apabila ditetapkan, hanya pengguna yang menetapkan kata kunci channel (password) sebagai arahan, akan dibenarkan menyertai channel tersebut. Sebagai contoh, jika kata kunci yang ditetapkan untuk channel #CoolChat adalah bagel, arahan yang akan digunakan untuk menyertainya adalah /JOIN #CoolChat bagel. Tidak seperti kata laluan, kata kunci tidak terlalu sensitif.
Arahan: /mode #<channel> +k|-k <kata kunci>
Contoh: /mode #help.malaysian +k secret123

L - Language filtering
Apabila penapisan bahasa diaktifkan pada rangkaian, satu pilihan adalah untuk memberi setiap channel pilihan untuk membenarkan ini atau tidak. Ia akan mengelakkan perkataan dalam senarai penapis daripada sampai ke channel sama ada dengan penapis atau menapis peraturan yang ditetapkan oleh dasar pentadbiran rangkaian.
Arahan: /mode #<channel> +L|-L
Contoh: /mode #help.malaysian +L

l - Limit
Menghadkan bilangan pengguna yang boleh menyertai channel secara serentak. Had boleh ditetapkan untuk sesuatu yang lebih rendah daripada kiraan pengguna semasa, dan ia hanya akan menghalang pengguna baru daripada menyertai apabila tetapan semasa berada dibawah had keseluruhan pengguna di dalam channel tersebut.
Arahan: /mode #<channel> +l|-l <limit>
Contoh: /mode #help.malaysian +l 20

m - Moderation
Tetapan yang akan menyebabkan channel menjadi sederhana. Hanya operator channel dan pengguna yang mempunyai +v (voiced) dibenarkan untuk berkomunikasi dalam channel tersebut apabila arahan ini ditetapkan. UOPs juga tidak dibenarkan untuk berkomunikasi di dalam channel tersebut kecuali mereka diberikan +v atau OP buat sementara waktu. Operator channel harus terus kekal berada di channel tersebut apabila arahan ini ditetapkan bagi memantau keadaan semasa pengguna. Pengguna tidak boleh berkomunikasi tanpa +v yang hanya boleh diberikan oleh operator channel tersebut. ‘Moderation’ adalah tetapan yang berguna untuk pengawalan channel.
Arahan: /mode #<channel> +m|-m
Contoh: /mode #help.malaysian +m

n - No external messages
Tetapan yang hanya akan membenarkan penerimaan mesej daripada pengguna yang berada dalam channel . Tanpa tetapan +n, penerimaan mesej daripada pengguna luar yang akan dipaparkan terus dalam channel tersebut akan dibenarkan.
Arahan: /mode #<channel> +n|-n
Contoh: /mode #help.malaysian +n

O - Overflow
Jika anda menetapkan had pengguna dalam channel dan mempunyai mod +O, ia akan mengarahkan pengguna seterusnya untuk menyertai channel kedua. Untuk menggunakan arahan ini, anda perlu menetapkan channel dengan mod +l (had) dan apabila had dicapai, secara automatik akan mengarahkan pengguna seterusnya menyertai channel kedua yang ditetapkan.
Arahan: /mode #<channel> +O|-O #<channel>
Contoh: /mode #help.malaysian +lO 50 #help.mirc

o - Channel operator
Memberikan kepada pengguna +o (operator channel) mengikut nama samaran yang ditetapkan dalam channel. Arahan ini berkesan berpandukan tetapan konfigurasi channel tersebut.
Arahan: /mode #<channel> +o|-o <nama samaran>
Contoh: /mode #help.malaysian +o kev

v - Voice
Memberikan keupayaan pada pengguna untuk berkomunikasi dalam channel yang mempunyai tetapan +m (moderated).
Arahan: /mode #<channel> +v|-v <nama samaran>
Contoh: /mode #help.malaysian +v kim

u - Uop
Tetapan +u untuk pengguna. Pengguna yang mempunyai tetapan tersebut boleh dikenal pasti dengan simbol – di hadapan nama samaran mereka. Ia sering digunakan sebagai simbol untuk menandakan seseorang pengguna itu adalah 'pelanggan tetap'atau sebagainya. Ia juga digunakan oleh channel bantuan rasmi bagi menandakan seseorang pengguna yang menyandang status 'pembantu' untuk channel tersebut.
Arahan: /mode #<channel> +u|-u <nama samaran>
Contoh: /mode #help.malaysian +u Sun

U - Channel knocks
Apabila mod ini ditetapkan, pengguna yang gagal untuk menyertai channel disebabkan larangan atau mod channel yang terhad, ia akan menghantar notis 'knock' kepada channel operator tersebut untuk memberitahu tentang kehadiran pengguna yang cuba untuk menyertainya. Ini akan membenarkan operator channel menjemput pengguna tersebut ke dalam channel.
Arahan: /mode #<channel> +U|-U
Contoh: /mode #help.malaysian +U

p - Private
Tetapan untuk menyembunyikan kewujudan channel dari SENARAI channel dan maklumat WHOIS. Tetapan ini hanya menyembunyikan channel tersebut dari pengetahuan umum tetapi tidak menghalang pengguna daripada menyertainya.
Arahan: /mode #<channel> +p|-p
Contoh: /mode #help.malaysian +p

q - Quiet
Mod ini akan menghalang pengguna daripada menggunakan arahan 'WHISPER' di dalam channel yang ditetapkan.
Arahan: /mode #<channel> +q|-q
Contoh: /mode #help.malaysian +q

R - Registered users only
Apabila mod ini ditetapkan, rangkaian akan memastikan bahawa hanya pengguna yang menggunakan nama samaran berdaftar boleh menyertai channel tersebut.
Arahan: /mode #<channel> +R|-R
Contoh: /mode #help.malaysian +R

r - Registered
Pengiktirafan untuk sesebuah channel yang berdaftar. (Sebagai maklumat, pengguna tidak boleh menetapkan mod ini)

s - Secret
Tetapan untuk menyembunyikan kewujudan channel dari SENARAI channel dan maklumat WHOIS. Tetapan ini hanya menyembunyikan channel tersebut dari pengetahuan umum tetapi tidak menghalang pengguna daripada menyertainya.
Arahan: /mode #<channel> +s|-s
Contoh: /mode #help.malaysian +s

t - Topic
Tetapan yang hanya akan membenarkan operator channel untuk menukar topik. Atas dasar kepercayaan pada operator channel untuk menetapkan topik, tetapan +t digunakan bagi kebanyakan channel.
Arahan: /mode #<channel> +t|-t
Contoh: /mode #help.malaysian +t

z - Encrypted
Kaedah ini memerlukan modul penyulitan. Mod ini akan mengunci channel supaya hanya pelanggan yang disulitkan akan diberi kebenaran untuk masuk ke channel. Tidak berkesan pada IRC Operator yang boleh memintas mod ini dengan menggunakan arahan SAJOIN atau FJOIN.
Operator rangkaian boleh memintas mod ini dengan arahan SAMODE dan kemudian menyertainya.
Arahan: /mode #<channel> +z|-z
Contoh: /mode #help.malaysian +z

HELPSERV
Untuk maklumat lanjut, taip /hs cmode <mod>
Arahan: /hs cmode <mode>
Contoh: /hs cmode m
Contoh: /hs cmode o

Atas

Lain-Lain Arahan IRC:

NICK
Arahan ini akan menukar nama samaran anda kepada yang baru mengikut pilihan anda. Ia akan mengemas kini pada semua channel yang anda sedang berada. Contoh dibawah akan menunjukkan cara pertukaran nama samaran anda. Nama samaran adalah terhad untuk 30 abjad.
Arahan: /nick <nama samaran baru>
Contoh: /nick Sun

JOIN
JOIN adalah arahan yang membenarkan anda untuk menyertai channel. Ia adalah perkara utama yang anda ingin lakukan apabila anda disambung ke rangkaian. Anda perlu meletakkan simbol # dihadapan nama channel. Kebiasaannya, simbol #dianggap sebagai sebahagian daripada nama channel. Nama channel adalah terhad untuk 60 abjad.
Arahan: /join #<channel>
Contoh: /join #help.mirc

PART
PART adalah arahan untuk meninggalkan channel. Contoh dibawah akan menunjukkan cara untuk anda meninggalkan #help.malaysian
Arahan: /part #<channel>
Contoh: /part #help.malaysian

ME
Ini akan menghantar teks termasuk dengan nama samaran anda dan akan terdapat perbezaan warna untuk mesej daripada warna teks normal. Ia berguna untuk membezakan tindakan dari ucapan. Sebagai contoh, jika nama samaran anda adalah 'Danny' dan anda menaip “/me akan menonton TV” ia akan muncul penekanan sebagai “Danny akan menonton TV”.
Arahan: /me <teks>
Contoh: /me is sangat lapar!

ACTION
Ini akan menghantar teks termasuk dengan nama samaran anda dan akan terdapat perbezaan warna untuk mesej daripada warna teks normal. Ia berguna untuk membezakan tindakan dari ucapan. Sebagai contoh, jika nama samaran anda adalah 'Danny' dan anda menaip “/me akan menonton TV” ia akan muncul penekanan sebagai “Danny akan menonton TV”.
Arahan: /action <teks>
Contoh: /action kelaparan!

AWAY
Sistem secara automatik akan menghantar mesej ini kepada pengguna yang cuba untuk mesej anda. Mesej itu juga akan dipaparkan apabila seseorang pengguna menggunakan arahan WHOIS kepada anda. Ia sering digunakan untuk memberitahu pengguna lain bahawa anda sedang berjauhan daripada komputer. Jika anda tidak mahu lagi dilihat sebagai AWAY, anda boleh menggunakan /AWAY tanpa mesej dan secara automatik mesej sebelumnya akan dilumpuhkan.
Arahan: /away <mesej>
Contoh: /away Saya sedang menonton televisyen, dan akan segera kembali.
Contoh: /away

ADMIN
Mendapatkan segala maklumat tentang rangkaian chat yang anda sedang gunakan. Jika nama rangkaian tidak dinyatakan, arahan ini akan memberikan maklumat tentang rangkaian yang anda disambungkan dan juga pentadbir rangkaian semasa.
Arahan: /admin <rangkaian>
Contoh: /admin
Contoh: /admin java.relaychat.my

CLEAR
Akan memadam segala teks mesej channel atau teks mesej peribadi.
Arahan: /clear
Contoh: /clear
Contoh: /clearall

NS
Ini adalah alias untuk /msg nickserv supaya arahan boleh dihantar dengan kurang menaip.
Arahan: /ns <arahan>
Contoh: /ns info kev
Contoh: /ns listchans

CS
Alias untuk /msg chanserv supaya anda boleh menghantar arahan ChanServ dengan kurang menaip.
Arahan: /cs <arahan>
Contoh: /cs info #help.mirc
Contoh: /cs sop #help.mirc list

MS
Ini adalah alias untuk /msg memoserv supaya anda boleh menghantar arahan MemoServ dengan kurang menaip.
Arahan: /ms <arahan>
Contoh: /ms list
Contoh: /ms read 1

HS
Ini akan memberikan HelpServ bantuan fail untuk arahan, jika arahan rangkaian dihantar. Jika HelpServ tidak mempunyai maklumat, mesej akan dihantar kepada sesiapa yang mempunyai tetapan UMODE +h, supaya mereka boleh membantu pengguna lain.
Arahan: /hs <arahan>
Contoh: /hs join
Contoh: /hs Dimana saya harus pergi untuk mendapatkan pertolongan?

NICKSERV
Ini adalah alias untuk /msg nickserv supaya arahan boleh dihantar dengan kurang menaip.
Arahan: /nickserv <arahan>
Contoh: /nickserv info kev
Contoh: /nickserv listchans

CHANSERV
Alias untuk /msg chanserv supaya anda boleh menghantar arahan ChanServ dengan kurang menaip.
Arahan: /chanserv <arahan>
Contoh: /chanserv info #help.malaysian
Contoh: /chanserv aop #help.malaysian list

MEMOSERV
Alias untuk /msg memoserv supaya anda boleh menghantar arahan MemoServ dengan kurang menaip.
Arahan: /memoserv <arahan>
Contoh: /memoserv list
Contoh: /memoserv read 1

HELPSERV
Ini akan memberikan HelpServ bantuan fail untuk arahan, jika arahan rangkaian dihantar. Jika HelpServ tidak mempunyai maklumat, mesej akan dihantar kepada sesiapa yang mempunyai tetapan UMODE +h, supaya mereka boleh membantu pengguna lain.
Arahan: /helpserv <arahan>
Contoh: /helpserv join
Contoh: /helpserv Dimana saya harus pergi untuk mendapatkan pertolongan?

PING
Ini adalah salah satu fungsi rangkaian yang diguna untuk menentukan jika pengguna masih bertindak balas pada rangkaian. Berpunca daripada 'Internet Routing', anda berkemungkinan akan lenyap dan hilang tanpa pengetahuan rangkaian. Jika rangkaian tidak mendapat PONG apabila ia menghantar PING 'ghost connection' akan ditamatkan.
Arahan: /ping <nama samaran>|<rangkaian>
Contoh: /ping kev
Contoh: /ping global.relaychat.my

MSG
Arahan ini akan membenarkan anda untuk menghantar mesej peribadi kepada pengguna tertentu atau menghantar mesej ke seluruh channel.
Arahan: /msg <nama samaran>|<#channel> <mesej>
Contoh: /msg Kim Hai, apa khabar?
Contoh: /msg #help.malaysian Selamat pagi, semua.

PRIVMSG
Arahan ini akan membenarkan anda untuk menghantar mesej peribadi kepada pengguna tertentu atau menghantar mesej ke seluruh channel.
Arahan: /privmsg <nama samaran>|<#channel> <mesej>
Contoh: /privmsg Sun Hai, awak menetap dimana?
Contoh: /privmsg #help.malaysian Saya perlukan bantuan!

LIST
Memaparkan senarai channel awam daripada rangkaian. Anda boleh menetapkan 'mask' untuk menghadkan bilangan channel yang akan dipaparkan. Contoh yang dibawah menunjukkan cara untuk meminta mana-mana channel bermula dengan sokongan perkataan. Channel 'Private' atau 'Secret' tidak akan dipaparkan dalam senarai.
Arahan: /list  [<#channel> <mask>]
Contoh: /list
Contoh: /list >10
Contoh: /list chat

LINKS
Arahan ini akan memaparkan senarai rangkaian yang ada dalam sistem.
Contoh: /links

SERVER
Arahan ini adalah untuk menyambung kepada rangkaian IRC klien. Ia akan melumpuhkan anda dari rangkaian semasa dan cuba untuk menghubungkan pada rangkaian yang anda tentukan.
Arahan: /server <rangkaian> <port>
Contoh: /server java.relaychat.my
Contoh: /server global.relaychat.my 7000

MODE
MODE adalah tetapan mod pada channel dan pengguna. Untuk maklumat lanjut mengenai mod, anda boleh lihat dibawah Channel Mode (CMODE) atau Mod Pengguna (UMODE).
Arahan: /mode #<channel|nama samaran> <+|-><mod> [<params>]
Contoh: /mode #help.malaysian +o Kev
Contoh: /umode +m

MOTD
Memaparkan mesej semasa rangkaian berpandukan pilihan anda. Jika anda tidak menetapkan pilihan rangkaian, ia akan memaparkan mesej rangkaian semasa mengikut rangkaian yang anda dihubungkan. Secara umumnya, bidang ini mempunyai maklumat pentadbiran dan kaedah-kaedah bagi rangkaian tersebut.
Arahan: /motd <rangkaian>
Contoh: /motd
Contoh: /motd zone.relaychat.my

VERSION
Penyata versi semasa rangkaian yang anda log masuk atau yang anda nyatakan.
Arahan: /version <rangkaian>
Contoh: /version
Contoh: /version java.relaychat.my

LUSERS
Memaparkan maklumat mengenai bilangan pengguna yang log masuk ke rangkaian. Jika anda tidak menentukan nama rangkaian, ia akan memberikan maklumat rangkaian semasa mengikut rangkaian yang anda dihubungkan. Jika anda menggunakannya dengan simbol * ia akan mendapatkan maklumat lusers dari rangkaian sasaran dan jika anda menetapkan rangkaian sasaran tanpa 'asterisk', maka ia akan kembali kepada bilangan pengguna daripada rangkaian anda yang akan menunjukkan pada waktu semasa.
Arahan: /lusers
[*][<rangkaian>]
Contoh: /lusers
Contoh: /lusers katana.relaychat.my

TIME
Memaparkan masa tempatan semasa dan tarikh rangkaian yang anda disambungkan atau dinyatakan dalam arahan.
Arahan: /time <rangkaian>
Contoh: /time
Contoh: /time arena.relaychat.my

NAMES
Memaparkan keseluruhan nama samaran yang berada dalam channel yang ditetapkan. Jika anda seorang pengendali rangkaian dan tiada channel yang dinyatakan, ia akan memaparkan keseluruhan nama samaran dari semua pengguna pada rangkaian. Jika anda tidak berada dalam channel dan cuba untuk mendapatkan senarai nama samaran, pengguna yang mempunyai tetapan UMODE +i tidak akan dipaparkan. Senarai lengkap hanya akan dipaparkan apabila anda berada didalam channel tersebut.
Arahan: /names #<channel>
Contoh: /names #help.malaysian

NOTICE
Menghantar mesej kedalam channel atau kepada pengguna tertentu. Biasanya dikhaskan untuk mesej penting.
Arahan: /notice <nama samaran|#channel> <mesej>
Contoh: /notice Otai Jam berapa akan diadakan mesyuarat?
Contoh: /notice #help.malaysian Sila semak laman web yang terkini.

ONOTICE
Menghantar notis mesej hanya kepada operator channel.
Arahan: /onotice #<channel> <mesej>
Contoh: /onotice #help.malaysian Saya akan berada jauh daripada komputer, sila pastikan channel ini terkawal.

QUERY
Arahan QUERY akan membenarkan penghantaran mesej peribadi kepada pengguna tunggal berpandukan nama samaran.
Arahan: /query <nama samaran>
Contoh: /query Ahkim

QUIT
Arahan QUIT akan menamatkan sesi semasa anda dari rangkaian. Anda bebas untuk log masuk semula selepas menggunakan arahan ini.
Arahan: /quit <mesej>
Contoh: /quit Saya akan kembali selepas ini.

WHO
Apabila arahan WHO dilakukan pada channel yang anda berada, anda akan mendapat keseluruhan maklumat tentang nama samaran, 'mask', dan 'nama sebenar' semua pengguna dalam channel dan juga status mereka. Akan ada 'letter' selepas nama samaran mereka, sama ada 'H' untuk 'disini' atau 'G' untuk 'hilang'. Jika ada 'G' ia bermakna pengguna menetapkan diri mereka AWAY. Tanda A '%' bermakna bahawa pengguna tersebut mempunyai tetapan UMODE +i.
Apabila WHO dilakukan pada channel semasa anda tidak berada didalam channel tersebut, hanya pengguna yang tidak menetapkan +i akan dipaparkan, dan jika channel itu 'secret' atau 'private' maka tiada senarai nama yang akan dipaparkan.
Apabila WHO dilakukan pada nama samaran, anda hanya akan dapat maklumat tentang nama samaran tersebut, pengendali rangkaian boleh menentukan 'wildcard masks' untuk menyenaraikan keseluruhan pengguna dari seluruh rangkaian.
Arahan: /who #<channel>|<nama samaran>|<mask>
Contoh: /who #help.malaysian
Contoh: /who Sun
Contoh: /who *.t-euIRC.net

WHOIS
Memaparkan maklumat mengenai nama samaran. Ini termasuk (hashed) host pengguna log masuk, rangkaian yang dihubungkan, channel awam yang mereka sertai dan juga channel 'private' yang mereka berada. Mungkin terdapat maklumat tambahan bergantung pada arahan mod yang ditetapkan oleh pengguna tersebut.
Arahan: /whois <nama samaran>
Contoh: /whois kev

WHOWAS
Bagi jumlah masa tertentu selepas pengguna meninggalkan rangkaian, anda masih boleh mendapatkan maklumat mengenai pengguna yang dinyatakan. Maklumat ini adalah sama seperti maklumat yang diberikan oleh arahan WHOIS.
Arahan: /whowas <nama samaran>
Contoh: /whowas Sun

WHISPER
WHISPER adalah mesej peribadi yang dihantar dalam konteks channel. Ia bermaksud hanya operator channel dan nama samaran yang dinyatakan boleh melihat mesej tersebut, tetapi tidak pada pengguna lain.
Arahan: /whisper #<channel> <nama samaran>[<nama samaran] <mesej>
Contoh: /whisper #help.malaysian Kim,Kev,Sun Bagaimana dengan projek akan datang?

WATCH
Arahan ini berfungsi dengan cara yang sama seperti arahan ISON. Ia akan memaklumkan kepada anda jika seseorang pengguna itu muncul atau hilang selagi pengguna tersebut terdapat dalam senarai pemerhatian anda. Anda boleh menetapkan sehingga 5 nama samaran atau channel ke dalam arahan watch. Anda boleh menetapkan beberapa arahan watch seperti menambah nama samaran/channel, dan menggunakan simbol '-' untuk mengeluarkan tetapan sedia ada dari senarai watch anda. Jika anda menambah channel, ia akan memaklumkan pada anda apabila channel itu kosong, atau mempunyai pengguna yang baru menyertainya.
Arahan: /watch [cslL] [+|-<nama samaran|arahan>] [+|-<nama samaran>]
Contoh: /watch +Sun +#help.malaysian +Kev
Contoh: /watch c (Mengosongkan senarai watch)
Contoh: /watch s (Memaparkan senarai watch anda dan jumlah senarai nama samaran yang aktif)Contoh: /watch l (Memaparkan pengguna dalam senarai watch anda yang 'online')
Contoh: /watch L (Memaparkan senarai watch keseluruhan, memaklumkan pengguna yang 'online' dan pengguna yang 'offline')

ISON
Pemeriksaan terperinci untuk melihat jika salah satu atau lebih daripada satu nama samaran yang sedang log masuk ke dalam rangkaian chat. Ia akan melaporkan keseluruhan nama samaran yang dinyatakan jika pengguna tersebut berada dalam rangkaian.
Arahan: /ison <nama samaran> <nama samaran>
Contoh: /ison kev
Contoh: /ison kim sun Kev

SERVICES
Ini adalah alias untuk /msg nickserv.
Arahan: /services info [#<channel>|<nama samaran>]
Contoh: /services info kev
Contoh: /services info #help.malaysian

USERHOST
Paparan maklumat pengguna@host mengikut nama samaran yang dinyatakan. Anda boleh menyatakan sehingga 5 nama samaran sekaligus.
Arahan: /userhost <nama samaran> [<nama samaran>]
Contoh: /userhost Sun
Contoh: /userhost kev Kim Sun

GET
Arahan ini membenarkan anda untuk mendapatkan maklumat 'field' tertentu. 'Fields' menyimpan maklumat berkaitan dengan nama samaran yang membenarkan untuk pelbagai penyimpanan dan pilihan paparan.
Arahan: /get <nama samaran> <field>
Contoh: /get Sun location
Contoh: /get Kim interests

TRACE
Menunjukkan 'route' diantara anda dan rangkaian yang dinyatakan.
Arahan: /trace <rangkaian>
Contoh: /trace java.relaychat.my


::::::::::::::::::::::: website http://www.relaychat.my :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
-    
-          ***Admins****************************
-          **                                                                  **
-          **     [ Commander ] [ kim ] [ HDMI ]         **
-          **     [ cypherpunk ] [ fear ]                       **
-          **                                                                  **
-          ***Operators*************************
-          **                                                                  **
-          **     [ Bit ] [ Clausner ] [ nero ]                  **
-          **     [ kev ] [ Ryu ] [ Sun ]                          **
-          **     [ CyberNet ] [ NoInvite ]                   **
-          **                                                                  **
-          *************************************
-    ::::::::::::::::: website http://www.relaychat.my ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Admin
Admin
Admin

Posts : 15
Join date : 08/03/2013
Location : United States

http://kevmirc.6forum.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum